Perihal Album
Gunakan Album untuk melihat foto dan memainkan video yang telah anda ambil dengan
kamera anda atau untuk melihat kandungan yang serupa yang telah anda simpan pada
peranti anda. Anda boleh menambah geoteg ke foto dan video anda dan kemudian
lihatnya pada peta dunia. Dalam Album, anda juga boleh melihat foto dan video yang
anda telah muat naik ke khidmat dalam talian, sebagai contoh, ke album web Picasa™
atau ke Facebook™.
Dari Album, anda boleh berkongsi foto dan video kegemaran anda dengan rakan melalui
teknologi wayarles Bluetooth™, e-mel, pemesejan dan pelbagai khidmat dalam talian.
Anda juga boleh melakukan tugas penyuntingan asas pada foto dan menetapkannya
sebagai hias latar atau gambar kenalan.
Gambaran keseluruhan tab album
Tab yang berikut tersedia dalam Album:
•
Gambar – lihat semua foto dan video yang disimpan pada peranti anda.
•
Album saya – lihat album dalam talian anda serta foto dan klip video anda yang
diletakkan geoteg pada peta dunia.
Untuk membuka Album
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Album .
Jika orientasi skrin tidak bertukar secara automatik apabila anda memusingkan peranti ke sisi,
tandakan
Skrin autoputar kotak semak di bawah Tetapan > Paparan.