Keizinan
Sesetengah aplikasi perlu mengakses data, tetapan dan berbagai fungsi pada peranti
anda untuk berfungsi dengan betul. Jika yang demikian maka, ia memerlukan keizinan
yang relevan daripada anda. Contohnya, aplikasi navigasi memerlukan keizinan untuk
menghantar dan menerima trafik data dan mengakses lokasi anda.
Sesetengah aplikasi mungkin menyalahgunakan keizinan yang diberikan dengan mencuri
atau memadam data atau dengan melaporkan lokasi anda. Pastikan anda hanya
memasang dan memberi keizinan kepada aplikasi yang anda percayai sahaja.
Untuk melihat kebenaran aplikasi
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan.
3
Ketik
Aplikasi.
4
Ketik aplikasi yang diingini.
5
Tatal ke bawah untuk melihat butiran berkaitan di bawah
Keizinan.