Kaedah lain untuk memindahkan kenalan
Bergantung pada keupayaan peranti lama anda, anda boleh menggunakan kad ingatan
atau teknologi Bluetooth
®
untuk mengalihkan kenalan terus ke peranti baru anda. Adalah
tidak disyorkan untuk menggunakan kad SIM bagi mengalihkan kenalan antara peranti.
Kad SIM mungkin tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk menyimpan semua
kenalan dan sesetengah kad SIM hanya boleh menyimpan satu nombor telefon untuk
setiap kenalan.
Rujuk pada Panduan pengguna peranti lama anda untuk mendapatkan maklumat
tentang cara menyalin kenalan ke kad ingatan, menyimpan kenalan pada kad SIM atau
memulakan pemindahan kenalan menggunakan Bluetooth
®
.
41
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk mengimport kenalan dari kad ingatan
1
Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian ketik .
2
Tekan , kemudian ketik
Import kenalan > Kad SD.
3
Jika anda telah menyediakan akaun penyelarasan, anda boleh menambah kenalan
kad ingatan diimport di bawah akaun itu. Atau anda boleh memilih untuk hanya
menggunakan kenalan yang diimport pada peranti anda. Pilih pilihan yang anda
mahukan.
4
Jika anda mempunyai lebih daripada satu fail vCard pada kad SD, senarai muncul
menunjukkan kumpulan kenalan berbeza yang disimpan pada peranti anda,
dengan tarikh yang sepadan untuk bila ia dibuat. Pilih kumpulan yang anda
hendak import.
Untuk menerima data kenalan yang dihantar menggunakan teknologi Bluetooth™
1
Pastikan anda menghidupkan fungsi Bluetooth™ dan peranti anda ditetapkan
kepada boleh dilihat. Jika tidak, maka anda tidak boleh menerima data daripada
peranti lain.
2
Apabila anda diminta untuk mengesahkan sama ada anda hendak menerima fail,
ketik
Terima.
3
Seret ke bawah panel Pemberitahuan dan ketik fail yang anda terima untuk
mengimport data kenalan.
Untuk mengimport kenalan dari kad SIM
1
Dari Skrin utama anda, ketik , kemudian ketik .
2
Tekan , kemudian ketik
Import kenalan > Kad SIM.
3
Jika anda telah menyediakan akaun penyelarasan, anda boleh memilih untuk
menambah kenalan kad SIM di bawah akaun itu. Atau anda boleh memilih untuk
hanya menggunakan kenalan ini pada peranti anda. Pilih pilihan yang anda
mahukan.