Sony Xperia M - Memindahkan kenalan menggunakan komputer

background image

Memindahkan kenalan menggunakan komputer

Xperia™ Transfer ialah aplikasi yang membantu anda mengumpul kenalan daripada

peranti lama anda dan memindahkannya ke peranti baru anda. Xperia™ Transfer, yang

membolehkan anda mengakses dari dalam perisian Xperia™ Companion, menyokong

peranti mudah alih yang dijalankan pada iOS/iCloud dan Android™. Jika anda bertukar

daripada peranti iOS, ciri Pemadanan Aplikasi mencadangkan aplikasi Android yang

hampir sama dengan aplikasi iOS anda.
Untuk menggunakan Xperia™ Transfer, anda memerlukan:

Komputer yang disambungkan ke Internet.

Peranti Android™ baharu anda.

Kabel USB untuk peranti Android™ baru anda.

Peranti lama anda.

Kabel USB untuk peranti lama anda.

Anda mungkin tidak memerlukan peranti lama anda. Untuk peranti iOS, anda boleh

bersambung ke iCloud secara terus atau gunakan sandaran setempat. Bagi peranti Sony yang

dimiliki sebelum ini, anda boleh gunakan sandaran setempat.

Untuk memindahkan kenalan ke peranti baru anda

1

Cari dan muat turun Xperia™ Companion untuk Windows di

http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion atau Xperia™ Companion

untuk Mac di http://support.sonymobile.com/tools/xperia-companion-mac jika

perisian sudah tidak dipasang.

2

Menggunakan kabel USB, sambungkan peranti anda ke komputer.

3

Selepas berjaya memasang, buka perisian Xperia™ Companion jika ia tidak

dilancarkan secara automatik, kemudian klik

Xperia™ Transfer

dan ikut arahan

yang berkenaan untuk memindahkan kenalan anda.