Sony Xperia M - Menyambung ke rangkaian wayarles

background image

Menyambung ke rangkaian wayarles

Anda boleh mengakses Internet secara wayarles dari peranti anda menggunakan

teknologi Wi-Fi®. Dengan cara ini, anda boleh menyemak imbas dan berkongsi fail

media melalui rangkaian Wi-Fi® yang sama dengan peranti DLNA Certified™ lain,

sebagai contoh, TV dan komputer.
Jika syarikat atau organisasi anda mempunyai rangkaian persendirian maya (VPN), anda

boleh menyambung ke rangkaian ini menggunakan peranti anda. Anda boleh

menggunakan VPN untuk mengakses intranet dan perkhidmatan dalaman lain di syarikat

anda.

Sebelum menggunakan Wi-Fi®

Untuk menyemak imbas Internet menggunakan sambungan Wi-Fi®, anda perlu mencari

dan menyambung kepada rangkaian Wi-Fi® yang tersedia dan kemudian, buka

penyemak imbas Internet. Kekuatan isyarat rangkaian Wi-Fi® mungkin berbeza

bergantung pada lokasi peranti anda. Bergerak menghampiri pusat akses Wi-Fi® untuk

meningkatkan kekuatan isyarat.

Untuk menghidupkan Wi-Fi®

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan.

3

Seret penggelangsar di sebelah

Wi-Fi ke kanan untuk menghidupkan fungsi Wi-

Fi®.

Beberapa saat mungkin diperlukan sebelum Wi-Fi® didayakan.

Untuk menyambung ke rangkaian Wi-Fi®

1

Dari Skrin utama, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan.

3

Pastikan fungsi Wi-Fi® dihidupkan. Ketik

Wi-Fi.

4

Rangkaian Wi-Fi® yang tersedia dipaparkan. Rangkaian tersedia mungkin terbuka

atau selamat. Rangkaian terbuka ditunjukkan oleh dan rangkaian selamat

ditunjukkan oleh bersebelahan nama rangkaian Wi-Fi®.

5

Ketik rangkaian Wi-Fi® untuk bersambung dengannya. Jika anda sedang

mencuba untuk menyambung kepada rangkaian yang selamat, anda diminta

untuk memasukkan kata laluan. dipaparkan dalam bar status sebaik sahaja

anda disambungkan.

Peranti anda mengingati rangkaian Wi-Fi® yang anda disambungkan. Pada kali berikutnya

anda berada di dalam liputan rangkaian Wi-Fi® yang disambungkan sebelum ini, peranti anda

akan bersambung kepadanya secara automatik.

Di sesetengah lokasi, rangkaian Wi-Fi® yang terbuka memerlukan anda untuk log masuk ke

laman web sebelum anda boleh mengakses kepada rangkaian tersebut. Hubungi pentadbir

rangkaian Wi-Fi® yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Untuk menyambung kepada rangkaian Wi-Fi® lain

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan >Wi-Fi. Rangkaian Wi-Fi® yang dikesan dipaparkan.

3

Ketik rangkaian Wi-Fi® lain untuk bersambung dengannya.

Untuk mengimbas rangkaian Wi-Fi® secara manual

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan >Wi-Fi.

3

Tekan , kemudian ketik

Imbas.

4

Untuk bersambung kepada rangkaian Wi-Fi®, ketik nama rangkaian.

90

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menambah rangkaian Wi-Fi® secara manual

1

Pastikan Wi-Fi® dihidupkan.

2

Dari Skrin utama, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

4

Ketik

.

5

Masukkan

SSID rangkaian bagi rangkaian.

6

Ketik medan

Keselamatan untuk memilih jenis keselamatan.

7

Jika diperlukan, masukkan kata laluan.

8

Ketik

Simpan.

Nama rangkaian Wi-Fi® ditunjukkan sebagai SSID, ESSID, Pusat Akses, dsb. Hubungi

pentadbir rangkaian Wi-Fi® anda untuk mendapatkan nama dan kata laluan SSID Rangkaian.

Tetapan Wi-Fi® lanjutan

Status rangkaian Wi-Fi®

Apabila anda disambungkan ke rangkaian Wi-Fi® atau apabila terdapat rangkaian Wi-

Fi® yang tersedia dalam kawasan sekitar anda, status rangkaian Wi-Fi® ini boleh dilihat.

Anda juga boleh mendayakan peranti anda untuk memberitahu anda apabila rangkaian

Wi-Fi® terbuka dikesan.

Untuk mendayakan pemberitahuan rangkaian Wi-Fi®

1

Hidupkan Wi-Fi®, jika ia belum lagi dihidupkan.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan >Wi-Fi.

4

Tekan .

5

Ketik

Lanjutan.

6

Tandakan kotak semak

Pemberitahuan rangk..

Untuk melihat maklumat terperinci tentang rangkaian Wi-Fi® yang disambungkan

1

Dari Skrin utama, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan >Wi-Fi.

3

Ketik rangkaian Wi-Fi® yang sedang bersambung dengan anda. Maklumat

terperinci rangkaian dipaparkan.

Dasar tidur Wi-Fi®

Dengan menambah dasar tidur Wi-Fi®, anda boleh menentukan bila hendak bertukar

dari Wi-Fi® ke data mudah alih.

Jika anda tidak disambungkan ke rangkaian Wi-Fi®, peranti anda menggunakan sambungan

data mudah alih untuk mengakses Internet (jika anda telah menyediakan dan mendayakan

sambungan data mudah alih pada peranti anda).

Untuk menambah dasar tidur Wi-Fi®

1

Dari Skrin utama, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan >Wi-Fi.

3

Tekan .

4

Ketik

Lanjutan.

5

Ketik

Biarkan Wi-Fi aktif smsa tidur.

6

Pilih pilihan.

Wi-Fi Direct™

Gunakan Wi-Fi Direct™ untuk menyambung ke peranti lain secara terus, tanpa

menggabungkan rangkaian rumah tradisional, pejabat atau hotspot. Contohnya, anda

boleh mendayakan peranti anda untuk disambungkan secara terus kepada komputer

supaya anda boleh mengakses kandungan dari peranti anda pada komputer. Peranti

yang anda kongsikan kandungan perlu mempunyai pensijilan Wi-Fi Direct™.

91

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menghidupkan Wi-Fi Direct™

1

Pastikan fungsi Wi-Fi® dihidupkan pada peranti anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Wi-Fi.

4

Ketik >

Wi-Fi Direct.

Rangkaian peribadi maya (VPN)

Gunakan peranti anda untuk bersambung kepada rangkaian peribadi maya (VPN), yang

membenarkan anda mengakses sumber di dalam rangkaian tempatan selamat dari luar

rangkaian sebenar. Contohnya, sambungan VPN lazimnya digunakan oleh syarikat dan

institusi pendidikan untuk pengguna yang memerlukan akses intranet dan perkhidmatan

dalaman yang lain apabila mereka berada di luar rangkaian dalaman, contohnya, apabila

mereka dalam perjalanan.
Sambungan VPN boleh disediakan dalam pelbagai cara, bergantung pada rangkaian.

Sesetengah rangkaian mungkin memerlukan anda memindahkan dan memasang sijil

keselamatan dalam peranti anda. Untuk butiran terperinci mengenai cara menyediakan

sambungan kepada rangkaian peribadi maya anda, hubungi pentadbir rangkaian syarikat

atau organisasi anda.

Untuk menambah rangkaian persendirian maya

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik

Tetapan > Lagi… > VPN.

3

Ketik

Tambah profil VPN.

4

Pilih jenis VPN yang mahu ditambah.

5

Masukkan tetapan VPN anda.

6

Ketik

Simpan.

Untuk bersambung ke rangkaian persendirian maya

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Lagi… > VPN.

3

Dalam senarai rangkaian yang tersedia, ketik VPN yang anda mahu sambungkan.

4

Masukkan maklumat yang diperlukan.

5

Ketik

Sambung.

Untuk memutuskan sambungan daripada rangkaian peribadi maya

1

Seret bar status ke bawah.

2

Ketik pemberitahuan untuk sambungan VPN untuk mematikannya.