Sony Xperia M - NFC

background image

NFC

Untuk menghidupkan fungsi NFC

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Dapatkan dan ketik

Tetapan> Lagi….

3

Tandakan kotak semak

NFC.

Kawasan pengesanan NFC

Lokasi kawasan pengesanan NFC tidak sama pada semua peranti. Apabila berkongsi data

dengan peranti lain menggunakan NFC, rujuk kepada Panduan pengguna peranti lain untuk

mendapatkan maklumat lanjut.

95

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk berkongsi kenalan dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-dua skrin

aktif.

2

Untuk melihat kenalan, pergi ke Skrin utama anda, ketik , kemudian ketik .

3

Ketik kenalan yang anda ingin berkongsi.

4

Pegang peranti anda dan peranti penerima saling membelakangkan supaya

kawasan pengesanan NFC setiap peranti saling bersentuhan. Apabila peranti

bersambung, ia akan bergetar dan memainkan bunyi pendek. Imej kecil kenalan

kelihatan.

5

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

6

Apabila pemindahan selesai, maklumat kenalan dipaparkan pada skrin peranti

penerima dan juga disimpan pada peranti penerima.

Untuk berkongsi fail muzik dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan bahawa kedua-dua peranti anda dan peranti penerima telah

menghidupkan fungsi NFC dan kedua-dua skrin aktif.

2

Untuk membuka aplikasi "WALKMAN", ketik , kemudian cari dan ketik .

3

Ketik tab

Muzik saya untuk membuka pustaka muzik.

4

Pilih kategori muzik dan semak imbas ke trek yang anda mahu kongsi.

5

Ketik trek untuk memainkannya. Kemudian anda boleh mengetik untuk

menjeda trek. Pemindahan berfungsi sama ada trek dimainkan ataupun dijeda.

6

Pegang peranti anda dan peranti penerima saling membelakangkan supaya

kawasan pengesanan NFC setiap peranti saling bersentuhan. Apabila peranti

bersambung, ia akan bergetar dan memainkan bunyi pendek. Imej kecil trek

kelihatan.

7

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

8

Apabila pemindahan selesai, fail muzik dimainkan serta-merta pada peranti

penerima. Pada masa yang sama, fail disimpan dalam peranti penerima.

Anda mungkin tidak akan dapat menyalin, menghantar atau memindahkan item yang

dilindungi hak cipta.

Untuk berkongsi foto atau video dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-dua skrin

aktif.

2

Untuk melihat foto dan video di dalam peranti anda, pergi ke Skrin utama anda,

ketik , kemudian cari dan ketik

Album .

3

Ketik foto atau video yang ingin anda kongsikan.

4

Pegang peranti anda dan peranti penerima saling membelakangkan supaya

kawasan pengesanan NFC saling bersentuhan. Apabila peranti bersambung, ia

akan bergetar dan memainkan bunyi pendek. Imej kecil foto atau video kelihatan.

5

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

6

Apabila pemindahan selesai, foto atau video dipaparkan pada skrin peranti

penerima. Pada masa yang sama, item disimpan dalam peranti penerima.

Anda juga boleh menggunakan NFC untuk berkongsi video daripada aplikasi Filem.

Untuk berkongsi alamat web dengan peranti lain menggunakan NFC

1

Pastikan kedua-dua peranti telah menghidupkan fungsi NFC dan kedua-dua skrin

aktif.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Untuk membuka penyemak imbas web, cari dan ketik .

4

Muatkan laman web yang anda mahu kongsikan.

5

Pegang peranti anda dan peranti penerima saling membelakangkan supaya

kawasan pengesanan NFC saling bersentuhan. Apabila peranti bersambung, ia

akan bergetar dan memainkan bunyi pendek. Imej kecil laman web kelihatan.

6

Ketik imej kecil untuk memulakan pemindahan.

7

Apabila pemindahan selesai, laman web dipaparkan pada skrin peranti penerima.

96

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Mengimbas tag NFC

Peranti anda boleh mengimbas pelbagai jenis tag NFC. Sebagai contoh, ia boleh

mengimbas tag dibenam pada poster, pada iklan papan iklan atau bersebelahan produk

dalam kedai runcit. Anda boleh menerima maklumat tambahan seperti alamat web.

Untuk mengimbas tag NFC

1

Pastikan peranti anda telah menghidupkan fungsi NFC dan skrin aktif.

2

Letakkan peranti anda pada tag supaya kawasan pengesanan NFC

menyentuhnya. Peranti anda mengimbas tag dan memaparkan kandungan yang

dikumpulkan. Ketik kandungan tag untuk membukanya.

3

Untuk membuka tag, ketiknya.

Membayar item dengan peranti anda

Anda boleh menggunakan aplikasi Google Wallet™ atau aplikasi Operator wallet pada

peranti anda untuk membayar item di dalam kedai yang menyokong cara pembayaran

NFC. Hanya ketik peranti anda pada pad pembayaran elektronik yang didayakan secara

khusus untuk membayar pembelian anda. Pembayaran dibayar menggunakan kad kredit

atau debit atau melalui kad prabayar atau baucar. Maklumat pembayaran anda disimpan

di dalam aplikasi pembayaran, supaya anda tidak perlu memasukkan pada setiap kali.

Untuk menggunakan Operator wallet, kad SIM anda perlu mempunyai elemen selamat yang

dibenamkan. Hubungi pengendali rangkaian anda untuk butiran lanjut.

Google Wallet™

Gunakan aplikasi Google Wallet™ untuk membayar barangan semasa daftar keluar. Jika

terdapat terminal NFC yang disokong di daftar keluar, anda boleh hanya ketik peranti

anda pada terminal untuk membayar. Google Wallet™ menyimpan butiran kad kredit

dan debit anda serta butiran kupon dan tawaran khas lain. Kebanyakan jenis kad kredit

utama disokong. Ciri keselamatan termasuk PIN, storan yang disulitkan dan keupayaan

untuk menyahdaya dompet yang hilang dari jauh.

Operator wallet

Aplikasi Operator wallet membenarkan anda mengakses pelbagai perkhidmatan yang

disediakan oleh operator rangkaian anda, seperti pilihan untuk membayar untuk item di

dalam keretapi bawah tanah dan kedai. Hubungi operator rangkaian anda untuk

mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan seperti itu.

Untuk memilih dompet untuk kegunaan pada peranti anda

1

Pastikan fungsi NFC dihidupkan.

2

Daripada Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Lagi….

4

Ketik

Pengendali keselamatan NFC dan buat pilihan.

Menyambung ke peranti serasi NFC

Anda boleh menyambung peranti anda kepada peranti serasi NFC lain yang dikeluarkan

oleh Sony, seperti speaker atau fon kepala. Semasa mewujudkan jenis sambungan ini,

rujuk kepada Panduan pengguna peranti yang serasi untuk maklumat lanjut.

Anda mungkin perlu mengaktifkan Wi-Fi® atau Bluetooth™ pada kedua-dua peranti agar

sambungan berfungsi.