Maklumat undang-undang
SonyC1904/C1905/
Panduan pengguna ini diterbitkan oleh Sony Mobile Communications AB atau syarikat bersekutu tempatannya,
tanpa sebarang waranti. Penambahbaikan dan perubahan kepada Panduan pengguna ini yang disebabkan oleh
kesilapan tipografi, maklumat semasa yang tidak tepat atau peningkatan program dan/atau peralatan, boleh
dilakukan oleh Sony Mobile Communications AB pada bila-bila masa tanpa notis. Walau bagaimanapun,
perubahan tersebut akan disatukan ke dalam edisi baru Panduan pengguna ini.
©Sony Mobile Communications AB, 2013.
Hak cipta terpelihara.
Peranti anda mempunyai kebolehan untuk memuat turun, menyimpan dan menghantar semula kandungan
tambahan, sebagai contoh, nada dering. Penggunaan kandungan sedemikian mungkin disekat atau dihalang oleh
hak pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada sekatan di bawah undang-undang hak cipta yang berkuat
kuasa. Anda dan bukan Sony, bertanggungjawab sepenuhnya bagi kandungan tambahan yang anda muat turun
atau majukan dari peranti anda. Sebelum anda menggunakan sebarang kandungan tambahan, sila sahkan bahawa
penggunaan yang anda hasratkan dilesenkan sewajarnya atau dibenarkan. Sony tidak menjamin ketepatan, integriti
atau kualiti apa-apa kandungan tambahan atau apa-apa kandungan pihak ketiga yang lain. Dalam apa keadaan
sekalipun Sony tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap penggunaan tidak wajar kandungan tambahan
atau kandungan pihak ketiga lain oleh anda.
Panduan pengguna ini boleh merujuk perkhidmatan atau aplikasi yang dibekalkan oleh pihak ketiga. Penggunaan
pemprograman atau perkhidmatan sedemikian mungkin memerlukan pendaftaran berasingan dengan pembekal
pihak ketiga dan mungkin tertakluk kepada terma penggunaan tambahan. Bagi aplikasi yang diakses pada atau
melalui tapak web pihak ketiga, sila semak semula terlebih dahulu terma penggunaan dan dasar privasi yang
dikenakan oleh tapak web seperti itu. Sony tidak menjamin ketersediaan atau prestasi sebarang tapak web pihak
ketiga atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Keluarkan bateri untuk melihat maklumat peraturan seperti tanda CE.
Semua nama produk dan nama syarikat yang dinyatakan di sini adalah tanda dagangan atau tanda dagangan
berdaftar bagi pemilik masing-masing. Mana-mana hak yang tidak diberi secara nyata di dalam buku panduan ini
adalah terpelihara. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik berasingan masing-masing.
Lawati
www.sonymobile.com untuk maklumat lanjut.
Semua ilustrasi adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan peranti sebenar dengan
tepat.
Produk ini dilindungi oleh hak harta intelektual tertentu Microsoft. Penggunaan atau pengedaran teknologi
sedemikian di luar produk ini tanpa lesen daripada Microsoft adalah dilarang.
Pemilik kandungan menggunakan teknologi pengurusan hak digital Windows Media (WMDRM) untuk melindungi
harta intelektual mereka, termasuk hak cipta. Peranti ini menggunakan perisian WMDRM untuk mengakses
kandungan terlindung WMDRM. Jika perisian WMDRM gagal melindungi kandungan, pemilik kandungan boleh
meminta Microsoft untuk membatalkan keupayaan perisian untuk menggunakan WMDRM untuk memainkan atau
menyalin kandungan yang terlindung. Pembatalan tidak memberi kesan pada kandungan yang tidak terlindung.
Apabila anda memuat turun lesen bagi kandungan yang terlindung, anda bersetuju bahawa Microsoft boleh
menyertakan senarai pembatalan dengan lesen tersebut. Pemilik kandungan mungkin menghendaki anda menaik
taraf WMDRM untuk mengakses kandungan mereka. Jika anda menolak naik taraf, anda tidak akan dapat
mengakses kandungan yang memerlukan naik taraf tersebut.
Produk ini dilesenkan di bawah visual MPEG-4 dan lesen portfolio paten AVC untuk penggunaan peribadi dan
bukan komersil pengguna untuk (i) pengekodan video yang mematuhi standard visual MPEG-4 ("video MPEG-4")
atau standard AVC ("video AVC") dan/atau (ii) penyahkodan MPEG-4 atau video AVC yang dikodkan oleh
pengguna yang terlibat dalam aktiviti peribadi dan bukan komersil dan/atau telah mendapatkannya daripada
pembekal video yang dilesenkan oleh MPEG LA untuk membekalkan MPEG-4 dan/atau video AVC. Tiada lesen
diberikan atau tersirat untuk sebarang penggunaan lain. Maklumat tambahan termasuk maklumat yang berkaitan
dengan promosi, penggunaan dalaman dan komersil dan pelesenan boleh diperoleh daripada MPEG LA, L.L.C.
122
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Lihat http://www.mpegla.com. MPEG Layer-3 teknologi pengekodan audio berlesen daripada Fraunhofer IIS and
Thomson.
123
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.