Bateri
Mengecas bateri
Bateri anda tidak dicas sepenuhnya semasa anda membeli peranti anda. Ia boleh
mengambil masa beberapa minit sebelum ikon bateri kelihatan pada skrin semasa
anda menyambungkan kabel pengecas ke sumber kuasa seperti port USB atau
pengecas. Anda masih boleh menggunakan peranti anda semasa ia sedang dicas.
Mengecas peranti anda dalam tempoh yang lama, contohnya, semalaman, tidak
merosakkan bateri atau peranti.
Untuk mengecas peranti anda
10
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
1
Pasangkan palam pengecas ke dalam salur keluar kuasa.
2
Pasangkan satu hujung kabel USB ke dalam pengecas (atau ke dalam port USB
komputer).
3
Pasangkan satu lagi hujung kabel ke dalam port USB mikro pada peranti anda,
dengan simbol USB menghadap ke atas. Lampu pemberitahuan menyala apabila
pengecasan bermula.
4
Apabila lampu pemberitahuan berwarna hijau, peranti telah dicas sepenuhnya.
Tanggalkan kabel USB dari peranti anda dengan menariknya keluar. Pastikan
penyambung tidak dibengkokkan semasa mencabut kabel dari peranti.
Sekiranya bateri telah dinyahcas sepenuhnya, lampu pemberitahuan boleh mengambil masa
beberapa minit untuk menyala selepas anda menyambungkan kabel pengecas ke sumber
kuasa.
Status lampu pemberitahuan bateri
Hijau
Bateri telah dicas sepenuhnya
Berdenyar merah
Paras tenaga bateri rendah
Jingga
Bateri sedang mengecas. Paras tenaga bateri berada antara rendah dan penuh
Untuk menyemak paras bateri
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Mengenai telefon > Status > Paras bateri.
Meningkatkan prestasi bateri
Petua yang berikut dapat membantu anda meningkatkan prestasi bateri anda:
•
Cas peranti anda dengan kerap. Ia tidak akan menjejaskan jangka hayat bateri.
•
Memuat turun data dari Internet menggunakan kuasa. Semasa anda tidak menggunakan
Internet, anda boleh menjimatkan kuasa dengan menyahdayakan semua sambungan
data mudah alih daripada panel Pemberitahuan dengan menyeret bar status ke bawah.
Tetapan ini tidak menghalang peranti anda daripada memindahkan data melalui
rangkaian wayarles lain.
•
Matikan Bluetooth® dan Wi-Fi® apabila anda tidak memerlukan ciri ini. Anda boleh
menghidupkannya dan mematikannya dengan mudah daripada panel Pemberitahuan
dengan menyeret bar status ke bawah.
•
Gunakan ciri
STAMINA mode dan Mod bateri rendah untuk mengurangkan
penggunaan bateri. Anda boleh memilih mod penjimatan kuasa yang paling sesuai
dengan cara anda menggunakan peranti anda. Anda juga boleh menyesuaikan tetapan
setiap mod jimat kuasa.
•
Tetapkan aplikasi penyelarasan anda (digunakan untuk menyelaras e-mel, kalendar dan
kenalan anda) untuk diselaras secara manual. Anda juga boleh menyelaraskan secara
automatik, tetapi, meningkatkan jarak waktu penyelarasan.
•
Semak menu penggunaan bateri dalam peranti anda untuk melihat aplikasi mana
menggunakan paling banyak kuasa. Bateri anda menggunakan lebih banyak kuasa
semasa anda menggunakan aplikasi penstriman video dan muzik, seperti YouTube™.
Sesetengah aplikasi yang dimuat turun dari Google Play™ juga mungkin menggunakan
lebih banyak kuasa.
•
Tutup dan keluar dari aplikasi yang anda tidak gunakan.
•
Rendahkan tahap kecerahan paparan skrin.
•
Matikan peranti anda atau aktifkan tetapan
Mod pesawat jika anda berada dalam
kawasan yang tiada liputan rangkaian. Jika tidak, peranti anda berulang kali mengimbas
rangkaian tersedia dan hal ini menggunakan kuasa.
•
Gunakan peranti bebas tangan asal Sony™ untuk mendengar muzik. Peranti bebas
tangan memerlukan kuasa bateri yang lebih rendah daripada pembesar suara peranti
anda.
•
Jika boleh, pastikan peranti anda sentiasa dalam mod bersedia. Masa bersedia merujuk
pada masa sewaktu peranti disambungkan ke rangkaian dan tidak digunakan.
•
Nyahdayakan mana-mana hias latar hidup.
11
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk mengakses menu penggunaan bateri
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Pengurusan kuasa > Penggunaan bateri.
Menggunakan mod STAMINA
Aktifkan ciri
STAMINA mode untuk menjeda sambungan Wi-Fi®, trafik data anda dan
beberapa aplikasi yang menggunakan kuasa semasa skrin anda tidak aktif. Semasa mod
STAMINA aktif, anda masih boleh menerima panggilan telefon serta mesej teks dan
multimedia. Anda juga boleh menyediakan senarai aplikasi untuk membenarkan
sesetengah aplikasi supaya terus berjalan semasa skrin anda tidak aktif. Selepas skrin
menjadi aktif semula, semua fungsi yang dijeda diteruskan.
Untuk mengaktifkan mod STAMINA
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Pengurusan kuasa.
3
Ketik bersebelahan
STAMINA mode, kemudian ketik Aktifkan.
Untuk menyahaktifkan mod STAMINA
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Pengurusan kuasa.
3
Ketik bersebelahan
STAMINA mode.
Untuk menukar tetapan bagi mod STAMINA
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Pengurusan kuasa.
3
Untuk membuka menu tetapan, ketik
STAMINA mode.
4
Tambah atau alih keluar aplikasi seperti yang diinginkan.
5
Setelah anda selesai, ketik
Selesai.
Menganggarkan masa bersedia untuk peranti anda
Masa bersedia merujuk kepada jumlah masa bateri boleh bertahan semasa peranti anda
disambungkan ke rangkaian tetapi tidak digunakan secara aktif, contohnya bagi
menerima atau membuat panggilan telefon. Mod STAMINA, apabila diaktifkan,
berterusan menilai baki masa bersedia, yang berbeza-beza bergantung kepada cara
anda menggunakan peranti anda. Mod STAMINA lebih efektif dalam memanjangkan
masa bersedia jika anda membiarkan skrin peranti anda dikunci. Jika anda jarang
mengunci skrin, anda mungkin tidak akan melihat banyak peningkatan dalam prestasi
bateri.
Apabila anda menggunakan peranti anda buat pertama kali, anggaran masa bersedia mungkin
tidak tepat kerana tiada sejarah penggunaan terdahulu untuk dibuat anggaran.
Untuk melihat anggaran masa bersedia
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Pengurusan kuasa.
Menggunakan mod Bateri lemah
Anda boleh mengaktifkan ciri
Mod bateri rendah untuk menjimatkan kuasa semasa
tahap bateri rendah. Ciri ini membantu anda melaraskan tetapan untuk kecerahan skrin,
trafik data dan fungsi getar supaya anda boleh mengurangkan penggunaan bateri.
Untuk mengaktifkan mod Bateri lemah
1
Seret bar status ke bawah, kemudian ketik .
2
Cari dan ketik
Pengurusan kuasa.
3
Seret penggelangsar bersebelahan
Mod bateri rendah ke arah kanan.
12
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menyahaktifkan mod Bateri lemah
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Pengurusan kuasa.
3
Ketik bersebelahan
Mod bateri rendah.
Untuk menukar tetapan bagi mod Bateri lemah
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Pengurusan kuasa.
3
Untuk membuka menu tetapan, ketik
Mod bateri rendah.
4
Laraskan tetapan seperti yang diinginkan.
5
Setelah anda selesai, ketik .