Sony Xperia M - Mengakses dan menggunakan aplikasi

background image

Mengakses dan menggunakan aplikasi

Buka aplikasi dari jalan pintas pada Skrin utama anda atau dari skrin Aplikasi.

Skrin aplikasi

Skrin aplikasi, yang anda buka dari Skrin utama anda, mengandungi aplikasi yang

didatangkan sedia dipasang pada peranti anda serta aplikasi yang anda muat turun.
Skrin Aplikasi melangkaui kelebaran skrin biasa, maka, anda perlu menguis ke kiri dan

kanan untuk melihat semua kandungan.

Untuk membuka skrin Aplikasi

Dari Skrin utama anda, ketik .

Untuk menyemak imbas skrin Aplikasi

Dari skrin Aplikasi, kuis ke kanan atau ke kiri.

16

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk membuat pintasan ke aplikasi pada Skrin utama

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Sentuh terus ikon aplikasi sehingga skrin bergetar, kemudian seret ikon ke

bahagian atas skrin. Skrin utama dibuka.

3

Seret ikon ke lokasi yang diinginkan pada Skrin utama, kemudian lepaskan jari

anda.

Untuk berkongsi aplikasi dari skrin Aplikasi

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Ketik , kemudian ketik

Kongsi. Semua aplikasi yang boleh dikongsi ditunjukkan

oleh .

3

Ketik aplikasi yang anda mahu kongsikan, kemudian pilih pilihan dan sahkan, jika

perlu. Pautan ke muat turun aplikasi dihantar kepada orang yang anda telah pilih.

Membuka dan menutup aplikasi

Untuk membuka aplikasi

Dari Skrin utama anda atau skrin Aplikasi, ketik aplikasi.

Untuk menutup aplikasi

Tekan .

Beberapa aplikasi dijeda apabila anda menekan untuk keluar, sementara, aplikasi lain

mungkin terus dijalankan dalam latar belakang. Dalam kes pertama, pada lain kali anda

membuka aplikasi, anda boleh teruskan di mana anda tinggalkannya. Harus diingati bahawa

sesetengah aplikasi mungkin dikenakan bayaran untuk sambungan dta apabila ia dijalankan di

latar belakang, sebagai contoh, perkhidmatan rangkaian sosial.

Tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini

Anda boleh menukar di antara aplikasi yang sedang digunakan dari tetingkap ini. Anda

juga boleh membuka apl kecil.

Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan

Tekan .

Menggunakan apl kecil

Dari tetingkap aplikasi yang baru digunakan, anda boleh mendapat akses pantas kepada

beberapa apl kecil pada bila-bila masa menggunakan bar apl kecil. Apl kecil hanya

menggunakan bahagian kecil skrin anda. Oleh itu, anda boleh berinteraksi dengan apl

kecil dan aplikasi lain pada masa yang sama pada skrin yang sama.

Untuk membuka bar aplikasi kecil

Tekan .

Untuk membuka aplikasi kecil

1

Untuk membuatkan bar aplikasi kecil kelihatan, tekan .

2

Ketik aplikasi kecil yang anda ingin buka. Tetingkap aplikasi kecil kelihatan.

Untuk menutup apl kecil

Ketik pada tetingkap apl kecil.

Untuk mengalih aplikasi kecil

Semasa aplikasi kecil dibuka, sentuh terus penjuru kiri sebelah atas aplikasi kecil,

kemudian alihkannya ke lokasi yang diinginkan.

Untuk meminimumkan aplikasi kecil

Semasa aplikasi kecil dibuka, sentuh terus penjuru kiri sebelah atas aplikasi kecil,

kemudian seretnya ke sisi kanan atau sisi bawah skrin.

17

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk mengatur semula apl kecil anda

1

Untuk membuatkan bar apl kecil kelihatan, tekan .

2

Sentuh dan tahan apl kecil dan seretkannya ke kedudukan yang diinginkan dalam

bar apl kecil.

Untuk mengeluarkan apl kecil daripada bar apl kecil

1

Untuk membuatkan bar apl kecil kelihatan, tekan .

2

Sentuh dan tahan ikon apl kecil dan seretnya jauh daripada bar apl kecil.

Untuk menyimpan semula apl kecil yang dikeluarkan sebelum ini

1

Untuk membuatkan bar apl kecil kelihatan, tekan .

2

Ketik >

Aplikasi kecil yang dipasang.

3

Pilih apl kecil yang anda ingin pulihkan.

Untuk memuat turun apl kecil

1

Untuk membuatkan bar apl kecil kelihatan, tekan .

2

Ketik > .

3

Cari apl kecil yang anda ingin muat turun, kemudian, ikut arahan untuk

melengkapkan pemasangan.

Menu aplikasi

Anda boleh membuka menu pada bila-bila masa apabila anda menggunakan aplikasi.

Menunya akan kelihatan berbeza bergantung pada aplikasi yang anda gunakan.

Untuk membuka menu dalam aplikasi

Semasa menggunakan aplikasi, tekan .

Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.

Mengatur semula skrin Aplikasi anda

Pindahkan aplikasi di sekeliling skrin Aplikasi mengikut pilihan anda.

Untuk menyusun aplikasi pada skrin Aplikasi

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Ketik senarai jatuh turun pada bahagian atas sebelah kiri skrin dan pilih pilihan.

Untuk mengalih aplikasi pada skrin Aplikasi

1

Buka skrin Aplikasi.

2

Sentuh terus item sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian seret

item ke lokasi baru.

Anda hanya boleh mengalih aplikasi anda apabila

Susunan sendiri dipilih.

Untuk menyahpasang aplikasi dari skrin Aplikasi

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Ketik , kemudian ketik

Nyahpasang. Semua aplikasi yang tidak boleh

dipasangkan ditunjukkan oleh .

3

Ketik aplikasi yang anda ingin nyahpasang, kemudian ketik

Nyahpasang.