Berbilang panggilan
Sekiranya anda telah mengaktifkan panggilan menunggu, anda boleh mengendalikan
berbilang panggilan pada masa yang sama. Apabila ia diaktifkan, anda akan diberitahu
dengan bunyi bip jika anda menerima panggilan lain.
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan panggilan menunggu
1
Dari Skrin utama, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Tetapan panggilan > Tetapan tambahan.
3
Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan panggilan menunggu, ketuk
Panggilan
menunggu.
Untuk menjawab panggilan kedua dan menundakan panggilan yang sedang berjalan
•
Apabila anda mendengar bunyi bip berulang semasa panggilan, ketik .
Untuk menolak panggilan kedua
•
Apabila anda mendengar bunyi bip berulang kali semasa panggilan, ketik .
Untuk membuat panggilan kedua
1
Sewaktu panggilan sedang berjalan, ketik
Pad dail.
2
Masukkan nombor penerima dan ketik
Panggil.
3
Panggilan pertama ditangguhkan.
Prosedur yang sama digunakan untuk panggilan seterusnya.
Untuk bertukar antara berbilang panggilan
•
Untuk bertukar kepada panggilan lain dan menunda panggilan semasa, ketik .