Sony Xperia M - Mengenai perkhidmatan lokasi

background image

Mengenai perkhidmatan lokasi

Gunakan peranti anda untuk mengetahui lokasi anda. Terdapat dua cara: GPS dan

rangkaian wayarles. Dayakan pilihan rangkaian wayarles jika anda cuma memerlukan

lokasi anggaran anda, dan mahukannya dengan cepat. Jika anda mahukan kedudukan

yang lebih tepat, dan mempunyai pandangan langit yang jelas, dayakan pilihan GPS.

Dalam situasi sambungan rangkaian wayarles lemah, anda perlu mendayakan kedua-dua

pilihan untuk memastikan lokasi anda ditemui.