Sony Xperia M - Gambaran keseluruhan aplikasi

background image

Gambaran keseluruhan aplikasi

Gunakan aplikasi Penggera dan jam untuk menetapkan pelbagai jenis penggera.

Gunakan penyemak imbas web anda untuk menavigasi dan melihat halaman

web, mengurus penanda buku dan mengurus teks dan imej.

Gunakan aplikasi Kalkulator untuk melaksanaan pengiraan asas.

Gunakan aplikasi Kalendar untuk menjejaki peristiwa anda dan mengurus janji

temu anda.

Gunakan kamera untuk mengambil foto dan merakam klip video.

Gunakan aplikasi Kenalan untuk mengurus nombor telefon, alamat e-mel dan

maklumat lain yang berkaitan dengan kenalan anda.

120

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Akses aplikasi anda yang dimuat turun.

Gunakan aplikasi E-mel untuk menghantar dan menerima e-mel melalui akaun

peribadi dan korporat.

Gunakan aplikasi Facebook untuk melibatkan diri dalam perangkaian sosial

dengan rakan, ahli keluarga dan rakan sekerja di seluruh dunia.

Semak imbas dan dengar stesen radio FM.

Gunakan aplikasi Album untuk melihat dan untuk melakukan kerja pada foto dan

video anda.

Gunakan aplikasi Gmail™ untuk membaca, menulis dan mengatur mesej e-mel.

Cari maklumat pada peranti anda dan di web.

Lihat lokasi semasa anda, cari lokasi lain dan kira laluan menggunakan Google

Maps™.

Pergi ke Google Play™ untuk memuat turun aplikasi percuma dan berbayar

untuk peranti anda.

Gunakan aplikasi Pemesejan untuk menghantar dan menerima mesej teks dan

multimedia.

Gunakan aplikasi Filem untuk memainkan video pada peranti anda dan kongsi

video dengan rakan anda atau pada peranti lain menggunakan DLNA™.

Gunakan aplikasi pemain Muzik untuk mengatur dan memainkan muzik, buku

audio dan podcast.

Navigasi laluan anda menggunakan arahan tuturan, belokan demi belokan.

Lihat berita dan ramalan cuaca.

Buat panggilan telefon dengan mendail nombor secara manual atau

menggunakan fungsi dail pintar.

Cari tempat, contohnya, restoran dan kafe.

Gunakan aplikasi Video Unlimited™ untuk menyewa dan membeli video.

Gunakan aplikasi Music Unlimited™ berasaskan langganan untuk mengakses

berjuta-juta lagu melalui sambungan data mudah alih atau Wi-Fi®.

Optimumkan tetapan untuk disesuaikan dengan keperluan anda sendiri.

Gunakan aplikasi Google Talk™ untuk berbual dengan rakan dalam talian.

Kenal pasti trek muzik yang anda dengar berkumandang di sekeliling anda, dan

dapatkan artis, album dan maklumat lain.

Gunakan aplikasi Bantuan untuk mengakses sokongan pengguna dalam peranti.

Contohnya, anda boleh mengakses Panduan pengguna, maklumat menyelesai

masalah, serta petua dan kiat.

Gunakan YouTube™ untuk berkongsi dan menonton video dari seluruh dunia.

Muat turun dan pasang aplikasi dan kemas kini baru.

Sesetengah aplikasi tidak disokong oleh semua rangkaian dan/atau pengendali rangkaian di

semua kawasan.

121

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.