Gambaran keseluruhan tetapan
Ketahui tetapan dalam peranti anda supaya anda boleh memperibadikannya mengikut
keperluan anda.
Wi-Fi
Hidupkan atau matikan Wi-Fi®, imbas rangkaian Wi-Fi® yang
tersedia atau tambah rangkaian Wi-Fi®.
Bluetooth
Hidupkan atau matikan Bluetooth™, cari peranti Bluetooth™
yang tersedia dan buatkan peranti anda boleh dilihat atau tidak
boleh dilihat kepada peranti Bluetooth™ lain.
Penggunaan data
Hidupkan atau matikan trafik data mudah alih dan jejak butiran
penggunaan data anda pada tempoh masa yang tertentu.
Lagi…
Hidupkan atau matikan mod Pesawat, konfigurasi tetapan untuk
VPN dan rangkaian mudah alih dan dayakan peranti anda untuk
berkongsi sambungan data mudah alihnya sebagai hotspot Wi-
Fi® boleh dialihkan atau melalui penambatan USB atau
penambatan Bluetooth™. Anda juga boleh mendayakan atau
menyahdayakan fungsi NFC.
Tetapan panggilan
Uruskan dan konfigurasi tetapan untuk nombor dailan tetap, mel
suara dan panggilan Internet.
Bunyi
Konfigurasi cara peranti anda berdering, bergetar atau memberi
isyarat kepada anda apabila anda menerima komunikasi. Anda
juga boleh menggunakan tetapan ini untuk menetapkan paras
kelantangan untuk muzik, video, permainan atau media lain
dengan audio dan untuk membuat pelarasan yang berkaitan.
Paparan
Dayakan skrin untuk menukar orientasi apabila anda
memutarkan peranti anda. Anda juga boleh menetapkan
kecerahan, saiz fon, hias latar dan habis masa skrin.
Storan
Semak ruang yang tersedia pada storan dalaman dan pada kad
SD. Anda juga boleh memadam kad SD atau
menyahlekapkannya untuk pengeluaran selamat.
Pengurusan kuasa
Hidupkan atau matikan mod STAMINA. Anda juga boleh melihat
status bateri anda dan lihat bagaimana aplikasi berbeza
menggunakan kuasa bateri.
Aplikasi
Uruskan aplikasi yang berjalan, aplikasi yang dimuat turun dan
aplikasi pada kad SD.
Xperia™
Akses pelbagai tetapan yang disesuaikan untuk peranti Xperia
anda, contohnya, mod sambungan USB, Internet, pencerminan
skrin dan tetapan Throw.
Perkhidmatan lokasi Dayakan atau nyahdayakan akses ke maklumat lokasi anda.
Keselamatan
Lindungi peranti anda dengan menyediakan kunci dan kata
laluan yang berbeza. Anda juga boleh membenarkan
pemasangan aplikasi yang bukan daripada Google Play™.
Bahasa & input
Pilih bahasa peranti, laraskan pilihan input teks dan konfigurasi
tetapan pertuturan.
Sandaran & tetapan
semula
Buat sandaran data anda dan tetapkan semula peranti anda.
118
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Panduan
persediaan
Dapatkan bantuan menyediakan peranti anda.
Tambah akaun
Tambahkan akaun pada peranti anda, contohnya, akaun e-mel
atau akaun Google™.
Tarikh & masa
Tetapkan masa dan tarikh atau pilih nilai yang diberikan
rangkaian. Pilih tarikh dan format jam yang anda mahukan.
Kebolehaksesan
Dayakan perkhidmatan kebolehaksesan anda yang dipasang
dan laraskan tetapan yang berkaitan.
Pilihan pemaju
Tetapkan pilihan untuk pembangunan aplikasi. Contohnya, anda
boleh memaparkan penggunaan CPU pada Skrin utama atau
menetapkan peranti anda untuk masuk dalam mod nyahpepijat
semasa sambungan USB sedang aktif.
Mengenai telefon
Lihat maklumat mengenai peranti anda seperti nombor model
dan kekuatan isyarat. Anda juga boleh mengemas kini perisian
anda ke versi yang terbaru.