Sony Xperia M - Aplikasi Sandaran dan pemulihan

background image

Aplikasi Sandaran dan pemulihan

Gunakan aplikasi Sandaran dan pemulihan untuk membuat sandaran kandungan pada

kad ingatan atau peranti storan USB. Sandaran sedemikian boleh digunakan untuk

memulihkan kandungan anda dan beberapa tetapan sekiranya data anda hilang atau

dipadam.

Jenis kandungan yang anda boleh sandarkan

Gunakan aplikasi Sandaran dan pemulihan untuk membuat sandaran jenis data berikut:

Penanda buku

Log panggilan

Kenalan

Aplikasi yang dimuat turun daripada Google Play™

Mesej multimedia

Tetapan sistem (seperti penggera, kelantangan pendering dan tetapan bahasa)

Mesej teks

Anda tidak perlu membuat sandaran fail muzik dan foto atau video yang diambil dengan

kamera. Ia dibuat sandaran secara automatik ke kad ingatan peranti.

Anda mungkin dikenakan caj penghantaran data tambahan apabila anda memulihkan aplikasi

daripada Google Play™.

Bersedia untuk menggunakan aplikasi Sandaran dan pulihkan

Sebelum membuat sandaran kandungan anda, anda boleh memilih destinasi sandaran

dan jenis data yang ingin anda buat sandaran.

Untuk memilih destinasi sandaran

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Sandar & Pulih.

3

Ketik

Sandarkan.

4

Ketik bar di bawah

Lokasi untuk menyimpan data.

5

Pilih destinasi yang anda ingin sandarkan kandungan anda.

Untuk memilih jenis data untuk dibuat sandaran

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Sandar & Pulih.

3

Ketik

Sandarkan.

4

Pilih jenis data yang anda ingin sandarkan.

112

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk membuat sandaran kandungan menggunakan aplikasi Backup dan pulihkan

1

Jika anda membuat sandaran kandungan ke peranti storan USB, pastikan peranti

storan disambungkan ke peranti anda menggunakan kabel yang sesuai. Jika anda

membuat sandaran ke kad SD, pastikan kad SD itu dimasukkan dengan baik ke

peranti anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Sandar & Pulih.

4

Ketik

Sandarkan, kemudian pilih destinasi sandaran dan jenis data yang ingin

anda sandarkan.

5

Ketik

Sandarkan sekarang.

6

Masukkan kata laluan untuk sandaran, kemudian ketik

OK.

Memulihkan kandungan yang disandarkan menggunakan aplikasi

Sandaran dan pemulihan

Apabila anda memulihkan kandungan yang disandarkan, anda harus memilih rekod

sandaran untuk dipulihkan daripadanya. Jika anda telah membuat sandaran kandungan

sebanyak beberapa kali, anda mempunyai beberapa rekod sandaran. Selepas anda

memilih rekod sandaran, anda kemudiannya boleh memilih jenis data yang manakah

untuk dipulihkan.

Untuk memulihkan kandungan menggunakan aplikasi Sandar dan pulihkan.

1

Jika anda memulihkan kandungan dari peranti storan USB, pastikan peranti storan

disambungkan pada peranti anda menggunakan kabel yang sesuai. Jika anda

memulihkan kandurngan dari kad SD, pastikan kad SD dimasukkan dengan betul

ke dalam peranti anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Sandar & Pulih.

4

Ketik

Pulihkan.

5

Pilih rekod yang anda ingin pulihkan, kemudian ketik

Pulihkan sekarang.

6

Masukkan kata laluan untuk rekod sandaran, kemudian ketik

OK.

Ingat bahawa sebarang perubahan yang anda lakukan pada data dan tetapan anda selepas

anda membuat sandaran akan dipadamkan semasa prosedur pemulihan.

Mengurus rekod sandaran

Anda boleh memadam atau menamakan semula rekod sandaran yang anda buat

menggunakan fungsi Sandaran & simpan semula.

Untuk menamakan semula rekod sandaran

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Sandar & Pulih.

3

Tekan , kemudian ketik

Uruskan rekod sandaran.

4

Pilih rekod sandaran yang anda ingin namakan semula.

5

Ketik .

6

Masukkan nama baru dan ketik

Namakan semula.

Untuk memadam rekod sandaran

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Sandar & Pulih.

3

Tekan , kemudian ketik

Uruskan rekod sandaran.

4

Pilih rekod sandaran yang anda ingin padamkan, atau ketik jika anda ingin

memadam semua rekod.

5

Ketik >

Padam.