Perihal Video Unlimited
Gunakan perkhidmatan Video Unlimited untuk menyewa dan membeli video yang boleh
anda tonton bukan sahaja pada peranti Android anda tetapi juga pada PC, PlayStation
®
Portable (PSP
®
), PlayStation
®
3 atau PlayStation
®
Vita. Pilih pilihan anda daripada
keluaran Hollywood terbaru, filem aksi, komedi, klasik dan pilihan kategori lain.
Video Unlimited mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Untuk membuka Video Unlimited
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik .
Gambaran keseluruhan menu Video Unlimited
Akaun
Lihat maklumat akaun anda
Koleksi Saya
Lihat semua kandungan video anda yang disimpan
Tetapan
Lihat dan tukar tetapan untuk akaun, pembelian dan muat turun anda
Tbh ke snr ingin
Tambah video semasa pada senarai keinginan
Padam semua
Padam semua item dalam senarai keinginan anda
Buang dari senarai keinginan Padam video yang anda sedang tonton dari senarai keinginan
Kongsi maklumat
Kongsi maklumat mengenai video semasa melalui rangkaian sosial, e-mel,
Bluetooth atau kaedah lain
Syrt Undg-Undg
Lihat maklumat undang-undang
Menu Video Unlimited adalah dinamik, yang bermaksud bahawa semua pilihan tidak sentiasa
tersedia. Sebagai contoh, pilihan untuk memadamkan semua item dalam senarai keinginan
anda hanya tersedia semasa anda sedang melihat senarai itu sahaja.
Untuk membuka menu Video Unlimited
•
Apabila aplikasi Video Unlimited dibuka, ketik .
Mewujudkan akaun Video Unlimited
Anda perlu mewujudkan akaun Video Unlimited jika anda mahu membeli atau menyewa
wayang melalui perkhidmatan Video Unlimited. Jika anda sudah pun memiliki akaun
rangkaian PlayStation
®
atau Sony Entertainment Network, maka anda boleh
menggunakan akaun itu.
Menerokai pilihan Video Unlimited
Semak imbas mengikut kategori atau masukkan teks untuk mencari item tertentu. Anda
juga boleh memilih untuk pratonton video yang anda minati.